Kota Kinabalu: Seorang lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh
seorang remaja lelaki, minggu lalu.
Tertuduh Mohd Azmin Lidin, 28, didakwa membunuh Yaacob Nasran, 18, di hadapan Siam Thai, Jalan Asia City antara jam 3.30 pagi hingga 4.30 pagi, 15 Disember lalu.
Sehubungan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.